KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang dibuat pada 11 Mac lalu ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, sebagai mengelirukan Dewan.
Ia susulan Mohamad, antaranya, dilapor menyebut perkataan "Kita hanya akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel...."
Saifuddin yang juga bekas Menteri Luar menambah satu surat telah ditulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 11 Mac lalu agar Ahli Parlimen Kimanis itu menarik semula kenyataan yang dibuat.
Menerusi surat berkenaan, beliau berkata kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin, jika ia tidak ditarik semula dan diperbetulkan.
"Saya telah mendapat jawapan daripada Tuan Yang Dipertua... saya tidak puas hati dengan jawapan itu kerana mengikut Yang Dipertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar (Mohamad) telah menjelaskan kenyataan tersebut, (bahawa beliau) memfokuskan kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat selaras dengan perjanjian 'two-state solution' (penyelesaian dua negara).
"Semasa (pentadbiran kerajaan) di bawah Perdana Menteri kesembilan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), kita mula mengkaji tentang 'two-state solution' kerana Israel memang jelas tidak menghormati 'two-state solution'.
"Dalam kenyataan Timbalan Menteri, dia mengatakan bahawa itu syarat utama sekiranya berlaku perdamaian dan ini adalah syarat utama yang diberikan Palestin.
"Syarat utama yang diberikan oleh Palestin ini bila? Palestin mana?
"Sebab itu saya kata ayat dan perenggan yang digunakan oleh Timbalan Menteri ini menimbulkan kesan yang tidak begitu manis," katanya ketika membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat pada Rabu.
Pada 11 Mac lalu, Mohamad dilapor menyebut:
"Kita tidak akan mengiktiraf Israel. Kita hanya akan mengiktiraf Israel sekiranya Israel ini― apa? Sekiranya mereka mengakhiri kekejaman mereka dan kita akan dapat melihat berakhirnya pendudukan Israel di wilayah yang diduduki secara haram. Kemudian, penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Ini adalah syarat utama yang diberikan oleh Palestin dan seluruh masyarakat antarabangsa. Kalau ini dapat dipenuhi oleh Israel, maka mungkin kita akan dapat mengiktiraf serba sedikit tentang peranan Israel di bumi ini."
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata ayat sedemikian tidak boleh dibenarkan berlaku daripada seorang yang bergelar Timbalan Menteri, selain beliau kekal dengan pendirian tidak bersetuju terhadap penyelesaian dua negara.
Saifuddin dalam surat kepada Johari juga menegaskan pendirian dasar luar Malaysia kekal bahawa Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan entiti haram Israel.
"Untuk mengharapkan Israel mengakhiri kekejamannya terhadap rakyat Palestin adalah seakan-akan bermimpi di siang hari.
"Malaysia juga belum membuat pendirian terhadap sama ada Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah 'negara' setelah tertubuhnya negara Palestin merdeka.
"Oleh yang demikian, kenyataan Timbalan Menteri tersebut adalah pramatang dan boleh mencetuskan polemik serta ketidakselesaan dalam hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Palestin," tambahnya, memetik surat tersebut.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor mencadangkan kepada Saifuddin agar mengusulkan semula perkara tersebut dalam tempoh 48 jam.
"Saya faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
"Speaker (Johari) telah buat keputusan. Walau bagaimanapun saranan saya, kalau kita lihat Peraturan 43, keputusan (pengerusi) adalah muktamad. Tetapi selepas keputusan ini, ada 48 jam.
"Tolong usulkan semula walaupun esok sudah tiada Parlimen. Perkara ini boleh dibawa ke depan pada (persidangan) bulan Jun ini," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 27 2024
Saifuddin (foto) menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang dibuat pada 11 Mac lalu ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, sebagai mengelirukan Dewan. -Gambar fail/Bernama
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.
'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.